a. Cuaca
- Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit
- Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu.
- Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.
- Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.
- Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.
- Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
- Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.
- Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.
- Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Keadaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.
- Banyakkan bersabar serta jangan lupa untuk berdoa agar dipermudahkan apabila menjawab kertas soalan.
No comments:
Post a Comment